Wednesday, November 14, 2012

HARI INOVASI LHDN NEGERI PERLIS

Tanggal 1 November 2012 bermula jam 11 pagi saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah inovasi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sempena sambutan Hari Inovasi seluruh negara. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah menyertai program ini. Penyampaian ini mengambil masa 1 jam 50 minit menggunakan 21 slaid power point.

Penyampaian saya merupakan satu pengenalan kepada proses inovasi sesebuah organisasi yang saya labelkan sebagai Inovasi di LHDN: Satu Destinasi Awal. Ceramah bermula dengan konsep persepsi dan berfikir di luar kotak. Peserta diminta berfikir dan terlibat dalam memberikan pandangan.

Matlamat penyampaian ialah untuk memastikan konsep imaginasi, kreativiti dan inovasi dapat dibezakan supaya pengetahuan dalam isu penting ini mengukuhkan proses perlaksanaan program berkaitan inovasi seterusnya.

Pengisian ceramah berpaksikan proses pembenihan inovasi di dalam organisasi melalui proses kreativiti, pemikiran strategik dan pemikiran transfomatif. Akhir sekali peserta di seru supaya dapat melihat ciri-ciri organisasi yang inovatif, membentuk peta jalan ke arah matlamat jabatan/organisasi serta mengamalkan proses 9 langkah ke arah proses inovasi yang perlu dimulakan dan dipantau secara berterusan.

Penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah LHDN Kedah/Perlis, Pengarah LHDN Perlis, Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai LHDN Negeri Perlis di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Amran Awang, PhD
Profesor Madya





No comments:

Post a Comment